Friday 28 September 2012

Ujian Hidup

Assalamuailaikum...

Semoga para sahabat sekalian berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa berada dalama rahmat Allah. Hmm selalu kan kita tertanya dengan diri sendiri "di mana silapnya" jika kita ditimpa musibah dan ujian. Aku pu tak terlepas dan tak perlu kot nak bohong kata tak pernah terlintas ayat tu dalam otak ni bila datangnya ujian hidup. Kalau setakat exam kat sekolah atau universiti tu tak berapa nak hirau sangat, yang tu nak jawab ujian yang tukenala study betoi betoi, kalau tak study pastu kata "ini sudah ditakdirkan" memamng la bengong jugak namanya tu. Kalau bab ujian hidup, memang totally different kan.

Ujian hidup lebih kepada menguji kesabaran dan setiap langkah yang diambil akan mencorakkan masa depan dan menjadikan siapa kita di masa depan. Sama ada kita akan menjadi insan yang kembali kepada fitrahnya atau menjadi manusia yang terus hanyut di alam sementara ini beralasankan ujian yang dihadapi. Apabila ditimpa ujian bertalu talu dan tanpa lelah kita menghadapinya walaupun sudah rebah berkali-kali, ucapan tahniah diucapkan. Kepada yang berusaha tetapi tetap gagal dalam menghadapi ujian itu, ingatlah Allah jualah perancang yang Maha Hebat dan Maha Mengetahui. Kepada yang hanya melalui ujian tersebut dengan pasrah tanpa berusaha untuk mengambil pegajaran atau berusaha untuk memajukan diri melalui ujian tersebut, insaflah. Pandanglah segala yang diteria itu dari sisi seorang muslim yang sejati. Insyaallah.

Aku sendiri pun masih merangkak dalam kehidupan ini. Masih mencari jati diri dan fitrah hidup. Sama seperti orang lain, aku juga tak lari dari ujian hidup yang datang bertalu talu sehinggakan pernah aku rebah dalam menghadapinya. Tetapi dalam kesedaran, aku bersyukur dengan segala yang terjadi. Bagi aku segala yang terjadi lebih mendekatkan diri dengan Pencipta. Teringat aku tentang dialog cerita "Ayat Ayat Cinta" ketika si hero tu kena jail dan menangis kenapa dia yang diuji sedemikian rupa, cellmate dia cakap "Allah sedang berbicara denganmu". Aku ambil ayat itu untuk jadikan motivasi diri, yup, aku manusia yang lalai dan sring terlupa, dan ujian yang datang aku anggap sebagai teguran dari Allah kerana lali dengan tanggungjawab aku sebagai hamba-Nya.

Tapi kalau nak kira ujian yang aku hadapi ni dengan orang lain, rasa kecik sangat ujian yang menimpa diri. Tengok sajalah negara yang tengah alami peperangan, kebuluran dan yang hadapi gempa bumi semua, lagi dahsyat ujian yang depa alami. Ingatlah, ujian bukan sekadar kesusahan semata mata. Ujian juga dalam bentuk kesenangan. Bila senang manusia mudah menjadi terlupa, bukan melayu ja yang mudah lupa tetapi keseluruhan umat manusia. Bila senang sikit mulala jadi malas nak solat la, mengaji la, itu ini la, dan aku pun tak terlepas dari benda tu. Astaghafirullah, semoga ianya menjadi kenangan pahit dalam lipatan hidup aku ni. Kadan kadang bila hadapi ujian tu,kita kehilangan kawan dan sahabat. Tinggallah diri tu sorang sorang untuk hadapi semua yang terjadi. Tapi jangan lupa, kita masih ada Allah. Kita tak pernah sendirian dalam alam dunia ini bak kata mak Hamid dalam filem Di Bawah Lindungan Kaabah "Jika kau tak punya sesiapa dalam hidupmu selain Allah, cukuplah Allah bagimu". Simple tapi penuh dengan makna dan maksud. Wassalam.





0 comments:

Post a Comment