Sunday 30 September 2012

Kebetulan kot

Assalamuailaikum ....

Kali nak share tentang satu kejadian yang aku anggap sebagai kebetulan. Tapi di sebalik kejadian ni banyak boleh kita sama-sama amik iktibar. Hari Jumaat yang lepas telah pun dibentangkan budget untuk tahun depan. Walaupun aku ni bukan pakar ekonomi, dan dulu waktu sekolah pun tak belajar pun bidang ekonomi, tapi tetap setia tengok jugak pembentangan budget tu. Macam besala ada pro dan kontra, dan kelebihan dan keburukan. Tapi aku taknak ulas pun tentang semua tu, sebab macam aku kata tadi, aku bukan pakar ekonomi dan takda certificate untuk layakkan aku jadi pengulas.

Kerja dengan kerajaan ni, kalau tengok budget tu mestila ternanti nantikan sama ada dapat bonus atau tak. Tipula kalau orang yang keja kerajaan ni tak berharap pemberian bonus. Dan Alhamdulillah dapat bonus untuk tahun ni sebulan setengah gaji. Syukur padamu Ya Allah atas pemberian rezeki ini.  Ok dah banyak melalut, ni nak masuk cerita yang aku cakap nak cerita tadi. Aku macam orang lain yang ada smartphone (smartphone murah ja) ada la application whatsapp. Dalam whatsapp ni kami ada group kami sendiri. Group  yang sama-sama study dulu. Diringkaskan cerita, pada yang sempat tengok bajet 2013 tu akan update la apa yang dapat apa yang tak dalam group tu. Aku la salah seorang yang dok update.

Bila di hujung pembentangan bila bonus diumukan, dengan rasabest dan yukur aku pun share info tu dengan kengkawan dalam group tu. Pastu ada sahabat aku sorang ni pun hepy jgk, dia tanya berapa bulan? Aku balas kata sebulan setengah, setengah dahbagi time raya, kira ada sebulan lg, setengah bayar bulan 12 setengah lagi bayar bulan 1 tahun depan. Terus sahabat aku tu mengeluarkan perkataan yang rasanya tak patut untuk dikeluarkan. Aku pun tegur terus dan cakap kat dia untuk belajar bersyukur bukannya mencaci macam tu rezeki yang diberi. Selang 10 minit lepas tu, kawan aku yang lagi sorang yang melepak kat bilik aku ni ajak pergi recovery sahabat aku yang tadi tu. Dia kemalangan.

Alhamdulillah dia tak cedera apa-apa, cuma kereta yang dia langgar tu dia kena bagi ganti rugi dan kereta sendiri dia kena repair balik. Kebetulan kan? Musibah terjadi bila-bila saja yang Allah kehendaki. Tujuan aku menulis ni bukan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi sekadar untuk dijadikan pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain. Biarpun sedikit mana nikmat dan rezeki yang diberi, bersyukurlah kerana itu bahagian kita yang telah Allah tetapkan.


Friday 28 September 2012

Ujian Hidup

Assalamuailaikum...

Semoga para sahabat sekalian berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa berada dalama rahmat Allah. Hmm selalu kan kita tertanya dengan diri sendiri "di mana silapnya" jika kita ditimpa musibah dan ujian. Aku pu tak terlepas dan tak perlu kot nak bohong kata tak pernah terlintas ayat tu dalam otak ni bila datangnya ujian hidup. Kalau setakat exam kat sekolah atau universiti tu tak berapa nak hirau sangat, yang tu nak jawab ujian yang tukenala study betoi betoi, kalau tak study pastu kata "ini sudah ditakdirkan" memamng la bengong jugak namanya tu. Kalau bab ujian hidup, memang totally different kan.

Ujian hidup lebih kepada menguji kesabaran dan setiap langkah yang diambil akan mencorakkan masa depan dan menjadikan siapa kita di masa depan. Sama ada kita akan menjadi insan yang kembali kepada fitrahnya atau menjadi manusia yang terus hanyut di alam sementara ini beralasankan ujian yang dihadapi. Apabila ditimpa ujian bertalu talu dan tanpa lelah kita menghadapinya walaupun sudah rebah berkali-kali, ucapan tahniah diucapkan. Kepada yang berusaha tetapi tetap gagal dalam menghadapi ujian itu, ingatlah Allah jualah perancang yang Maha Hebat dan Maha Mengetahui. Kepada yang hanya melalui ujian tersebut dengan pasrah tanpa berusaha untuk mengambil pegajaran atau berusaha untuk memajukan diri melalui ujian tersebut, insaflah. Pandanglah segala yang diteria itu dari sisi seorang muslim yang sejati. Insyaallah.

Aku sendiri pun masih merangkak dalam kehidupan ini. Masih mencari jati diri dan fitrah hidup. Sama seperti orang lain, aku juga tak lari dari ujian hidup yang datang bertalu talu sehinggakan pernah aku rebah dalam menghadapinya. Tetapi dalam kesedaran, aku bersyukur dengan segala yang terjadi. Bagi aku segala yang terjadi lebih mendekatkan diri dengan Pencipta. Teringat aku tentang dialog cerita "Ayat Ayat Cinta" ketika si hero tu kena jail dan menangis kenapa dia yang diuji sedemikian rupa, cellmate dia cakap "Allah sedang berbicara denganmu". Aku ambil ayat itu untuk jadikan motivasi diri, yup, aku manusia yang lalai dan sring terlupa, dan ujian yang datang aku anggap sebagai teguran dari Allah kerana lali dengan tanggungjawab aku sebagai hamba-Nya.

Tapi kalau nak kira ujian yang aku hadapi ni dengan orang lain, rasa kecik sangat ujian yang menimpa diri. Tengok sajalah negara yang tengah alami peperangan, kebuluran dan yang hadapi gempa bumi semua, lagi dahsyat ujian yang depa alami. Ingatlah, ujian bukan sekadar kesusahan semata mata. Ujian juga dalam bentuk kesenangan. Bila senang manusia mudah menjadi terlupa, bukan melayu ja yang mudah lupa tetapi keseluruhan umat manusia. Bila senang sikit mulala jadi malas nak solat la, mengaji la, itu ini la, dan aku pun tak terlepas dari benda tu. Astaghafirullah, semoga ianya menjadi kenangan pahit dalam lipatan hidup aku ni. Kadan kadang bila hadapi ujian tu,kita kehilangan kawan dan sahabat. Tinggallah diri tu sorang sorang untuk hadapi semua yang terjadi. Tapi jangan lupa, kita masih ada Allah. Kita tak pernah sendirian dalam alam dunia ini bak kata mak Hamid dalam filem Di Bawah Lindungan Kaabah "Jika kau tak punya sesiapa dalam hidupmu selain Allah, cukuplah Allah bagimu". Simple tapi penuh dengan makna dan maksud. Wassalam.





Wednesday 19 September 2012

Di Sini Bermula...

Assalamuailaikum....

Bismillahirrahmanirrahim... haha baru nak buat benda alah ni, selalu suka sangat tengok blog orang ja, tapi kali ni tangan macam atal nak menulis sesuatu untuk diri sendiri. mungkin sebab tengah kebosanan atau mungkin jugak sebab banyak yang bermain main di kepala buat masa ni. mungkin sebab "old fashion" atau mungkin juga sebab terlalau memikirkan perasaan malu kalau ada yang membaca segala benda yang mengarut ni.

Semoga aku diberikan dan dikekalkan semangat untuk menulis dan menaip di laman maya ini. Idea untuk menulis ini mungkin timbul keran diri sendiri tak ada tempat untuk bercakap dan bersembang, mungkin dengan kewujudan blog ini aku dapat berbicara dengan diri sendiri tanpa perlu mengambil kira pandangan sinis orang sekeliling dan mungkin juga dengan kewujudan benda alah ini aku dapat meluahkan segala yang tersirat di lubuk hati. Pedulikan pandangan orang bak pepatah melayu "biarkan si Luncai dengan labu0labunya". Kesian Si Luncai, jadi mangsa keadaan, sori na En Luncai, bukan nak cakap buruk tentang awak, tapi dah pepatah tu macam tu, apa boleh buat kan.

Yup, tahun ni bulan ni juga genap aku berumur 27 tahun. Memang sudah rasa tua dan uban sudah mulai tumbuh sehelai dua. Sedar dengan peninkatan usia dan sedar dengan keadaan diri yang masih mencari cari makna di sebalik kehidupan ini. Selalu aku bertanya dengan diri sendiri, apakah yang telah aku gapai sepanjang 27 tahun hidup ini? Adakah aku berjaya merealisasikan segala impian yang aku garap ketika masih di bangku sekolah? Tercapaikah segala impian aku?

Jawapannya TIDAK! Sebabnya, kalau ikut planning asal, patutnya aku dah berkahwin sekarang ni dan mungkin sudah mempunyai anak sebab dalam planning asal, aku letakkan umur 25 tahun sebagai tanda aras untuk aku mendirikan rumah tangga. Tapi macam selalu kita dengar dan hakikat kita hidup sebagai hamba Allah, segala perancangan kita tidak sempurna. Segala-galanya sudah tertulis di Loh Mahfuz. Rezeki, jodoh, maut dan segalanya sudah ditakdirkan. 

Aku berusaha untuk mencapai segala yang aku sendiri coretkan dalam otak ini di zaman sekolah, namun takdir tidak menyebelahi aku. Rasanya aku akan menjadi golongan yang rugi dan bodoh jika aku menyalahkan takdir atas apa yang terjadi. Sering kali aku mengingatkan diri agar menerima segala yang terjadi sebagai ketentuan Illahi. Aku percaya, segala yang terjadi ada hikmahnya dan segala pilihan yang pernah diambil dulu telah menjadikan diri aku sekarang. Seperti puisi omputih yang kita dengar dulu waktu zaman sekolah The Road Not Taken.


ok la kot setakat ni, insyaallah berjumpa lagi di masa lain.