Wednesday 19 September 2012

Di Sini Bermula...

Assalamuailaikum....

Bismillahirrahmanirrahim... haha baru nak buat benda alah ni, selalu suka sangat tengok blog orang ja, tapi kali ni tangan macam atal nak menulis sesuatu untuk diri sendiri. mungkin sebab tengah kebosanan atau mungkin jugak sebab banyak yang bermain main di kepala buat masa ni. mungkin sebab "old fashion" atau mungkin juga sebab terlalau memikirkan perasaan malu kalau ada yang membaca segala benda yang mengarut ni.

Semoga aku diberikan dan dikekalkan semangat untuk menulis dan menaip di laman maya ini. Idea untuk menulis ini mungkin timbul keran diri sendiri tak ada tempat untuk bercakap dan bersembang, mungkin dengan kewujudan blog ini aku dapat berbicara dengan diri sendiri tanpa perlu mengambil kira pandangan sinis orang sekeliling dan mungkin juga dengan kewujudan benda alah ini aku dapat meluahkan segala yang tersirat di lubuk hati. Pedulikan pandangan orang bak pepatah melayu "biarkan si Luncai dengan labu0labunya". Kesian Si Luncai, jadi mangsa keadaan, sori na En Luncai, bukan nak cakap buruk tentang awak, tapi dah pepatah tu macam tu, apa boleh buat kan.

Yup, tahun ni bulan ni juga genap aku berumur 27 tahun. Memang sudah rasa tua dan uban sudah mulai tumbuh sehelai dua. Sedar dengan peninkatan usia dan sedar dengan keadaan diri yang masih mencari cari makna di sebalik kehidupan ini. Selalu aku bertanya dengan diri sendiri, apakah yang telah aku gapai sepanjang 27 tahun hidup ini? Adakah aku berjaya merealisasikan segala impian yang aku garap ketika masih di bangku sekolah? Tercapaikah segala impian aku?

Jawapannya TIDAK! Sebabnya, kalau ikut planning asal, patutnya aku dah berkahwin sekarang ni dan mungkin sudah mempunyai anak sebab dalam planning asal, aku letakkan umur 25 tahun sebagai tanda aras untuk aku mendirikan rumah tangga. Tapi macam selalu kita dengar dan hakikat kita hidup sebagai hamba Allah, segala perancangan kita tidak sempurna. Segala-galanya sudah tertulis di Loh Mahfuz. Rezeki, jodoh, maut dan segalanya sudah ditakdirkan. 

Aku berusaha untuk mencapai segala yang aku sendiri coretkan dalam otak ini di zaman sekolah, namun takdir tidak menyebelahi aku. Rasanya aku akan menjadi golongan yang rugi dan bodoh jika aku menyalahkan takdir atas apa yang terjadi. Sering kali aku mengingatkan diri agar menerima segala yang terjadi sebagai ketentuan Illahi. Aku percaya, segala yang terjadi ada hikmahnya dan segala pilihan yang pernah diambil dulu telah menjadikan diri aku sekarang. Seperti puisi omputih yang kita dengar dulu waktu zaman sekolah The Road Not Taken.


ok la kot setakat ni, insyaallah berjumpa lagi di masa lain.

0 comments:

Post a Comment